Bahan-bahan
5 cawan beras
Pati santan secukupnya
4 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
2 ulas bawang merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
Cara-cara
1.Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan toskan air nya.
Masukkan beras ke dalam loyang. Pindahkan loyang ke dalam
periuk pengukus dan kukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
2. Keluarkan beras dari pengukus dan terus rendam dengan air
sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air
selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Toskan air.
3. Setelah itu, kukus semula kali kedua beras yang telah memanjang tadi
lebih kurang 15 minit atau sehingga betul betul masak.
4. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah
dicampur garam selama 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Paras
santan kena lepas paras beras. Masukkan bawang merah dan halia hiris ke dalam
santan.
5.Akhir sekali, kukus lagi kali ketiga. Carik carikkan daun
pandan dan tabur dalam loyang. Masukkan beras dan santan ke dalam loyang
dan kukus selama 10 minit atau hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan
santan yang terserap tadi masak.
Nota: Semasa mengukus,
lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak
makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam,
lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa
dan lebih untung kerana tiada kerak. Untuk makan petang, boleh direndam pagi.
No comments:
Post a Comment